Didik Al Quran

Friday, January 10, 2014

Akhlak Anak Muslim


Judul: Akhlak Anak Muslim
Penulis: B.Irwan & Adit Galih
Harga: RM31.90

Description:
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi apabila anak kita sudah pandai untuk berkata-kata; “Mama, saya tak nak makan!”, “Papa, saya tak nak tidur!” dan banyak lagi keletah si anak yang kadangkala menguji kesabaran ibu bapa.

Siri Akhlak Anak Muslim ini diharap dapat membantu ibu bapa membimbing dan menangani cabaran mengasuh anak-anak, melalui penceritaan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan ‘bahasa kasih’ oleh mama, Anas dan Anis dalam siri ini diharap dapat membantu ibu bapa mencontohi cara berkomunikasi dengan anak- anak. Buku ini juga turut memuatkan doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak di bahagian Mari Kita Baca. Selain itu, ibu bapa boleh adakan sesi soal jawab di slot perbincangan di halaman Tahukah Adik-Adik?. Anak-anak juga boleh menguasai kosa kata mereka dalam tiga bahasa yang berbeza di halaman terakhir buku ini iaitu Kamus Cilik. Semoga Siri Akhlak Anak Muslim ini mampu mencorak peribadi mulia seorang anak muslim.


Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>


ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470

No comments:

Post a Comment