Didik Al Quran

Friday, February 14, 2014

Indahnya Saat Bersama-Mu



Publisher: Telaga Biru
Author: Dr. Haji. Zahazan Mohamed
Price: RM19.90

Description:
Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam untuk menonton perlawanan bolasepak, atau pun berbual-bual kosong bersama rakan-rakan serumah, tetapi tidak ramai yang mampu bangun untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Ia mungkin berpunca dari kurangnya pengetahuan mengenai kemanisan beribadah di malam hari, atau apa yang kita kenali sebagai qiamullail.

Indahnya Saat BersamaMu mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kenikmatan bangun beribadah pada tengah malam. Justeru, buku hasil tulisan Ustaz Nik Abd. Rahim Nik Abd. Ghani dan Ustaz Zahazan ini menggariskanbeberapa perkara berkaitan qiamullail seperti soal hukum qiamullail, kelebihannya, bagaimana menggalakkan diri sendiri untuk berqiamuallail, waktu afdal, kaedah membahagikan malam serta beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui mengenai qiamullail.


Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>

ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470
 

Friday, February 7, 2014

Andai Rasulullah Bersama Kita





Judul: Andai Rasulullah Bersama Kita
Penulis: Wan Ji Wan Hussin
Harga: RM17.00

Description:
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah uswatun hasanah, teladan paling baik bagi kaum lelaki dalam mempergauli isteri-isterinya dengan cara yang makruf, membahagikan giliran, nafkah dan kasih sayang serta tuntutan kemarahan dan kecemburuan isteri-isterinya. Bahasa cinta Rasulullah SAW kepada isterinya dalam bentuk sentuhan telah baginda amalkannya dalam kehidupan seharian. Dan segalanya itu boleh kita kutip sebagai pedoman untuk kita amalkan dalam melayari bahtera rumahtangga.

Pada suatu ketika, pernah Rasulullah SAW melintas sekumpulan kaum wanita, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah SAW memberi salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab; “Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk kami.”

Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar dengan sikap para wanita itu, tetapi Rasulullah SAW masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita.

Rasulullah yang bijak menggunakan segala ruang dan peluang untuk membuat perasaan para wanita dan isteri-isterinya gembira dan terhibur.


Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>


ATAU


ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470