Didik Al Quran

Friday, January 31, 2014

Art of Deception Edisi Bahasa Melayu




Judul: Art of Deception Edisi Bahasa Melayu R3705
Penulis: Jerry D.Gray

Harga: RM20.00

Description:
Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat. 

Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>> 

* Ketahui bagaimana membuat pembelian secara online di <<SINI>>


ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470

Friday, January 24, 2014

Demi Masa



Judul: Demi Masa
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Harga: RM9.00

Description:
Imam Al-Fakhr Al-Razi berkata, "Allah bersumpah dengan masa kerana ia mempunyai pelbagai keajaiban. Ini juga kerana dalam tempoh masa itu, umat Islam dapat merasai kegembiraan ataupun kesempitan, kesihatan ataupun kesakitan, dan kekayaan ataupun kemiskinan. Selain itu, masa tidak dapat dinilai dengan sesuatu yang mahal dan berharga.

Justeru, buku Demi Masa digarap oleh penulis supaya menjadi motivasi bagi merujuk tingkah laku dan sikap orang yang berjaya menggunakan dan menguruskan masa



Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>> 

* Ketahui bagaimana membuat pembelian secara online di <<SINI>>


ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470

Friday, January 17, 2014

40 Tokoh Islam



Judul: 40 Tokoh Islam
Penulis: Rohayati Bakri , Nazri Haslieanie & Nur Izzati
Harga: RM28.00

Description:
Buku 40 Tokoh Islam memuatkan 40 kisah tokoh Islam yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu,sama ada ilmu agama atau ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan dunia. Ia meliputi zaman selepas Nabi Muhammad meninggaldunia pada tahun 11 hijrah bersamaan 632 Masihi sehingga ke zaman ilmuwan Islam yang masyhur.

Apabila membaca buku ini, insya-Allah pembaca dapat mengenali tokoh-tokoh Islam yang berjaya dan menjadi perintis dalam bidang masing-masing. Hasil daripada sumbangan mereka, kita dapat dimanfaatkan oleh generasi kini sehingga pembaca dapat melihat dan menikmati pelbagai kemajuan di dunia kita pada hari ini. 
 



Beli Online di <<SINI>>
*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>


ATAU


ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>
SEND to 0137676470

Friday, January 10, 2014

Akhlak Anak Muslim


Judul: Akhlak Anak Muslim
Penulis: B.Irwan & Adit Galih
Harga: RM31.90

Description:
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi apabila anak kita sudah pandai untuk berkata-kata; “Mama, saya tak nak makan!”, “Papa, saya tak nak tidur!” dan banyak lagi keletah si anak yang kadangkala menguji kesabaran ibu bapa.

Siri Akhlak Anak Muslim ini diharap dapat membantu ibu bapa membimbing dan menangani cabaran mengasuh anak-anak, melalui penceritaan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan ‘bahasa kasih’ oleh mama, Anas dan Anis dalam siri ini diharap dapat membantu ibu bapa mencontohi cara berkomunikasi dengan anak- anak. Buku ini juga turut memuatkan doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak di bahagian Mari Kita Baca. Selain itu, ibu bapa boleh adakan sesi soal jawab di slot perbincangan di halaman Tahukah Adik-Adik?. Anak-anak juga boleh menguasai kosa kata mereka dalam tiga bahasa yang berbeza di halaman terakhir buku ini iaitu Kamus Cilik. Semoga Siri Akhlak Anak Muslim ini mampu mencorak peribadi mulia seorang anak muslim.


Beli Online di <<SINI>>

*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>


ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>

SEND to 0137676470

Friday, January 3, 2014

SMS Senang Masuk Syurga Hati Mau Baik



Judul: SMS Senang Masuk Syurga Hati Mau Baik
Penulis: Anuwar Ismail
Harga: RM10.00

Description:
Banyak ungkapan yang kita dengar mahupun baca berkaitan dengan hati seperti Makan Hati, Hati Batu, Beraja di Mata Bersultan di Hati, Sesuka Hati dan lain-lain lagi. Kenapa?

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati." (hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak. Bulatkan tekadmu dan tuntunlah raja yang menguasai kerajaan diri itu.

"(Mereka berdoa): "Ya tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; karena sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi (kurnia)"." (Ali Imran: 8)



Beli Online di <<SINI>>
*Pastikan anda telah menDAFTAR sebagai PENGGUNA sebelum membuat pembelian. Daftar pengguna di <<SINI>>


ATAU

ORDER BUKU <Tajuk BUKU><kuantiti><Nama><Alamat><Emel>
SEND to 0137676470